HIDROPONIK ASAS AEROPONIK

July 27, 2009 at 12:21 pm 5 comments

Aeroponik berasal dari perkataan aero yang membawa maksud udara dan ponosyang bermaksud daya atau kerja. Aeroponik disimpulkan  sebagai kaedah memberdayakan udara. Aeroponik merupakan suatu sistem hidroponik yang menggunakan udara sebagai media utama dan mendapatkan nutrisi & air melalui kabut (mist/fog) buatan. Teknik ini menempatkan tanaman dimana akar diposisikan tergantung diudara dan di tampung oleh styrofoam. Nutrisi diberikan dengan cara pengkabutan secara merata di daerah sistem perakaran.Akar tanaman yang tergantung akan menyerap larutan nutrisi tersebut.

Aplikasi utama dalam sistem aeroponik adalah tekanan (pressure) yang dihasilkan oleh selang saluran. Tekanan tinggi pada selang saluran akan menghasilkan butiran air berbentuk kabut. Permasalahan utama untuk teknik aeroponik pada umumnya adalah tekanan yang dihasilkan di selang saluran adalah kurang tinggi sehingga butiran air yang terbentuk adalah kasar. Semakin kecil butiran air maka permukaan butiran air semakin luas dan meyebabkan kandungan udara semakin banyak. Semakin banyak kandungan udara di permukaan wap air, maka kemungkinan penambatan O2 oleh butiran air semakin meningkat.

Aeropononik merupakan kaedah penanaman yang sangat efektif kerana ianya dapat menghasilkan butiran cairan halus (droplet) dalam bentuk wap air yang mempunyai kelebihan seperti lebih mudah diserap oleh tanaman. Media perakaran yang paling efektif adalah media yang mampu menyediakan dan mengirim O2 paling banyak ke perakaran tanaman. Tanah padat menyediakan 20-30 % O2 untuk akar. Media tanaman kombinasi tanpa tanah menyediakan hingga 50 % O2 dan hidroponik 80% untuk akar. Maka, aeroponik dengan langit sebagai batas memungkinkan akar memperoleh O2 hingga 99%. Inilah alasan mengapa pertumbuhan tanaman aeroponik lebih pesat daripada tanaman yang menggunakan kaedah konvensional.

Pengabutan nutrisi yang optimis diberikan secara langsung kepada akar tanaman sehingga akar dapat menyerap nutrisi dengan lebih mudah. Sisa nutrisi yang tidak menempel di akar akan kembali lagi ke larutan yang ada dibawahnya, dan akan dilarutkanlagi.

Sistem aeroponik dapat meningkatkan pertumbuhan hingga 10 x lebih cepat pada beberapa tanaman semusim berbanding dengan kaedah tanaman yang menggunakan kawasan tanah. Penghasilan pertumbuhan yang pesat adalah disebabkan oleh akar intensif memperoleh larutan nutrisi yang kaya DO dan nutrisi juga menyerap dalam sistem perakaran tanaman secara langsung tanpa media perantara. Pada kebiasaanya, sistem tanaman konvensional akan menyerap nutrisi beserta kandungan bacteria dalam sistem perakaraan. Kecepatan penyerapan nutrisi melalui kaedah tanaman aeroponik adalah mampu mencapai sehingga 135 % lebih cepat daripada kaedah hidroponik yang lain. Walau bagaimanapun sistem tanaman aeropik mempunyai kelemahannya tersendiri dimana sistem ini terlalu bergantung kepada kabut yang menghasilkan springkel. Akar tanaman ini akan lebih mudah mengering sekiranya sistem pengkabutan terganggu atau terdedah kepada udara tanpa penutup (sealed).

Perbezaan ketara antara aeroponik dan hidroponik adalah dari segi kos dan juga perlaksanaannya. Aeroponik memerlukan kos yang tinggidisebabkan alatan yang digunakan termasuk pam dan palong berteknologi tinggi. Manakala hidroponik adalah asas kepada aeroponik hanya memerlukan kos yang rendah tanpa kos pam dan palong.

Untuk negara malaysia beralih kepada teknologi Aeroponik, ianya memerlukan kos yang amat tinggi dan tenaga kerja yang mahir dalam pengendalian teknik Aeroponik. Oleh itu kami mencadangkan teknik Hidroponik sebagai asas teknologi pertanian dimasa hadapan. Di samping itu membuatkan rakyat Malaysia dapat memahirkan diri dalam teknologi pertanian baru iaitu tanaman tanpa tanah.

Berdasarkan pelan pembangunan sektor agro makanan  yang dirangka, seramai111,335 orang pekerja mahir dalam industri pertanian diperlukan bagi mendokong wawasan dan menjayakan misi untuk membangunkan sektor pertanian negara menjadi satu dari penjana utama ekonomi negara.

Berbeza dengan kaedah hidroponik yang memerlukan akar tanaman terendam dalam nutrien, kaedah aeroponik memerlukan ruang udara antara akar pokok dan paip yang menyemburkan nutrien dan air untuk melembapkan dan menyuburkan pokok.

Proses penanaman bermula dengan percambahan biji benih. Setelah dua hari di dalam bilik percambahan, anak pokok itu dipindahkan ke tapak semaian dan dibiarkan selama dua minggu sebelum diletakkan di atas palong di dalam rumah hijau. Di rumah hijau itu, sayur-sayur berkenaan akan dibiarkan membesar sehingga sampai masa untuk dituai.

Palong-palong di rumah hijau itu diperbuat daripada polistyrene untuk mengelak penyerapan haba. Di bahagian tengah palong diletakkan paip yang mempunyai alat semburan yang direka khas pada jarak yang tertentu.

”Alat penyembur itu akan menyemburkan nutrien dan air yang telah disejukkan ke bahagian akar tanaman pada kekerapan tertentu. Ruang yang ada antara paip dan akar tumbuhan itu membolehkan tanaman memperoleh oksigen secukupnya untuk pembesaran yang lebih cepat dan sihat.

”Semburan air sejuk itu dapat ‘menipu’ tanaman sehingga membolehkan kita menanam sayur iklim sederhana di kawasan rendah dan panas seperti di sini,”.

Dua elemen penting dalam proses aeroponik ialah air dan bekalan elektrik. Kaedah aeroponik merupakan kaedah yang paling menjimatkan air, iaitu menggunakan kira-kira 10 peratus air yang digunakan dalam kaedah hidroponik. Lebihan air semburan di palong akan dikumpulkan dan disalurkan kembali ke tempat penyejuk untuk dikitar semula dalam proses semburan berikutnya.

Dalam situasi masa dan ekonomi sekarang, adalah amat tidak sesuai untuk kerajaan Malaysia mengimplementasikan aeroponik di sebabkan kos yang amat tinggi dan oleh kerana itu kami mencadangkan agar hidroponik diperkenalkan sebagai asas kepada pembelajaran disekolah-sekolah milik penuh kerajaan dan swasta kerana kos yang rendah.

“KEMPEN MERAKYATKAN HIDROPONIK”



Health


hidroponik, hydroponic, kaedah hidroponik, hydroponic system

About these ads

Entry filed under: 1. Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , .

APA ITU HIDROPONIK SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN

5 Comments Add your own

  • 1. mr edsu  |  July 29, 2009 at 12:58 pm

    good article, i hope can make share about hydroponics technical, please also my blog abou hidroponik in indonesia http://www.ediskoe.blogspot.com,

    Reply
  • 2. mr edsu  |  July 29, 2009 at 12:59 pm

    good article, i hope can make share about hydroponics technical, please also my blog about hidroponik in indonesia http://www.ediskoe.blogspot.com,

    Reply
    • 3. kazzponik  |  August 1, 2009 at 9:36 am

      hi mr edsu, it is good to share something about hydroponics. i have seen your blog. thanks a lot….(^_^)

      Reply
  • 4. ashraf  |  August 23, 2009 at 9:34 am

    alhamdulillah…dapat juga maklumat mengenai aeroponik…he..he.time kasih!!!!

    Reply
    • 5. TROPICAL BIOESSENCE MARKETING  |  August 25, 2009 at 8:26 am

      hai ashraf…trima kasih…kami akan usaha bg maklumat brkaitan aeroponik dn hidroponik tuk pembaca kami…trima kasih atas sokongan….

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Pengunjung

  • 55,127 hits

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: